Planet Marikh kini menerima tetamu dari Amerika Syarikat (AS).

Ia bukan orang sebaliknya, robot pengembara yang akan membuat kajian terhadap planet itu menjelang misi Marikh 2020.

Untuk itu, si pengembara tersebut berjaya 'mendarat' di kawah Jezero.

Daripada senarai 60 tapak kawah pendaratan, agensi angkasa lepas memilih kawah Jezero bagi si pengembara tanpa pemandu berkuasa nuklear itu.

Si pengembara itu direka untuk mencari lokasi benarkah pernah wujud kehidupan di planet tersebut sekali gus mengumpul tanah dan batu untuk dibawa ke bumi bagi tujuan misi seterusnya.

Pengembara di Planet Marikh.

Terletak di Syrtis Major pinggir barat Isidis Planitia, kawah Jezero mengandungi campuran pasir dan tanah liat yang dipercayai telah wujud sejak 3.6 bilion tahun ketika planet itu mempunyai lebihan air.

Menurut Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), sekurang-kurangnya lima jenis batu termasuk tanah liat dan karbonat mungkin membantu para saintis bukan sahaja mengenai kewujudan kehidupan di planet itu tetapi juga evolusinya.

Cabaran yang mungkin dihadapi di kawah Jezero itu adalah dari sudut pandangan yang kurang optimum. Ini disebabkan kawah ini dikelilingi sungai delta, kawah-kawah kecil, tebing, batu tongkol.

NASA berkata, masih banyak lagi keputusan yang perlu dibuat sebelum pelancaran Marikh 2020 pada Julai 2020.

Bagaimanapun, pemilihan tapak pendaratan akan membantu saintis menumpukan kepada pelan meneroka kawah Jezero sekali gus mengutip sampel.