Pihak berkuasa selatan Thailand hari ini menahan dua lelaki etnik Uighur yang meloloskan diri daripada pusat tahanan Imigresen di Sadao tiga hari lepas.
Kedua-dua lelaki itu masing-masing berumur 27 dan 22 tahun, ditahan di kawasan hutan di sempadan Thailand dan Malaysia kira-kira 5.30 pagi tadi (waktu tempatan).
"Penduduk kampung yang melihat kedua-dua etnik Uighur di kawasan terbabit telah melaporkan kehadiran mereka kepada pejabat daerah Sadao,yang membawa kepada penangkapan mereka," kata Ketua Pejabat Daerah Sadao Boonpark Raknui kepada pemberita hari ini.
Pejabat Daerah Sadao menurut beliau, telah mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua kampung sejurus selepas kejadian itu bagi meminta bantuan penduduk kampung dalam memburu etnik Uighur yang meloloskan diri itu.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi (waktu tempatan) tiga hari lepas, 20 etnik Uighur yang sedang dalam proses dihantar semula ke negara asal mereka bertindak menebuk lubang dinding bilik tahanan mereka dan melarikan diri ke kawasan hutan di sempadan Thailand dan Malaysia.
Semalam pihak berkuasa Malaysia menahan seorang daripada etnik Uighur itu di Bukit Kayu Hitam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2017
Kedua-dua lelaki Uighur itu masing-masing berumur 27 dan 22 tahun, ditahan di kawasan hutan di sempadan Thailand dan Malaysia kira-kira 5.30 pagi tadi (waktu tempatan). - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Seludup warga asing: Tiga pegawai imigresen, dua orang awam direman lima hari
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sedang leka bekerja, 12 PATI ditahan di restoran popular Ipoh
Pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu sebuah restoran yang sangat terkenal di Ipoh dan rumah kedai yang terletak di tingkat atasnya.
KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution
Ketika ini tempoh sah laku pasport Malaysia adalah selama lima tahun berbanding Indonesia dan Singapura misalnya memperkenalkan tempoh sah laku selama 10 tahun.
Imigresen gempur penempatan haram, tahan 132 pendatang asing
Hasil risikan dan aduan yang diterima pihaknya mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak empat tahun lepas, dilengkapi bekalan elektrik.
Imigresen tidak pernah henti operasi, pantau kawasan tumpuan pendatang asing - Ruslin
Jabatan Imigresen tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan pendatang tanpa izin di seluruh negara.
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.