SELEPAS berbulan-bulan berperang dengan pandemik COVID-19, kehidupan manusia sejagat tidak lagi sama seperti dahulu, ditambah dengan normal baharu yang dipraktikkan di seluruh dunia.
Pada waktu ini, segala bentuk hiburan yang mampu menghadirkan tawa pastinya mengurangkan, menghilangkan, melenyapkan gundah-gulana dalam hati sesiapa sahaja.
Jika anda mencari bahan untuk menghilangkan tekanan, mungkin video ini mampu memenuhi keinginan anda.
Pernahkah anda melihat musang atau rubah ketawa? Terima kasih kepada seorang pengguna laman Twitter, mollyfprince (@mollyfprince) yang berkongsikan video ringkas namun pasti mampu sekurang-kurangnya menghadirkan senyuman ke wajah anda.
“If you’ve never heard a fox laugh, you’re welcome! (Jika anda tidak pernah melihat musang ketawa, sama-sama),” ciapnya.
Musang yang muncul dalam videonya itu merupakan jenis musang merah atau nama saintifiknya Vulpes vulpes. Spesies itu banyak dijumpai di bahagian hemisfera utara, seperti di Amerika Utara, Eropah, Asia dan juga Afrika Utara.
Video berkenaan seolah-olah menunjukkan bahawa haiwan yang bermuka garang dan sering dianggap bengis itu sebenarnya mempunyai sisi lain yang tidak kelihatan selama ini.
Rakaman itu pertama kali dikongsi pada Mac lepas melalui sebuah organisasi, Save A Fox yang ditubuhkan untuk membantu musang dengan menyediakan rumah tetap untuk haiwan tersebut.
Tiga ekor musang dalam video itu dinamakan Finnegan, Dixie dan Vixie. Ternyata warganet sangat menyukai video tersebut kerana ia sudah ditonton lebih sembilan juta kali.
Musang merah merupakan haiwan jenis mamalia dan dikategorikan sebagai omnivor (pemakan tumbuhan dan daging).
Haiwan itu mampu hidup antara dua hingga empat tahun di dalam hutan. Rubah berada di seluruh dunia dengan mendiami pelbagai habitat termasuk hutan, padang rumput, gunung dan padang pasir.
Rubah juga mampu menyesuaikan diri dengan manusia dengan hidup di ladang, kawasan pinggir bandar malah di kawasan yang mempunyai komuniti yang besar.
Haiwan itu juga merupakan pemburu yang memakan tikus, arnab, burung dan haiwan kecil lain tapi ia juga boleh berubah bergantung kepada habitat mereka.
Rubah juga boleh memakan buah, sayur, ikan, katak dan juga cacing. Sekiranya tinggal berhampiran manusia, musang akan makan sisa organik manusia dan makanan haiwan peliharaan sekiranya ‘dapat peluang’.
Astro Awani
Thu Jul 02 2020
Video berkenaan seolah-olah menunjukkan bahawa haiwan yang bermuka garang dan sering dianggap bengis itu sebenarnya mempunyai sisi lain yang tidak kelihatan selama ini. - Gambar Twitter
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.
Comelnya anak singa dipelihara pemuda Palestin ini!
Jika mengambil kira keadaan di Gaza yang sentiasa dilanda perang, situasi itu kelihatan luar biasa pada awalnya, namun kini menjadi biasa pula.
Pernah dengar musang ketawa? Video tular ini pasti ceriakan hari anda!
Jika anda mencari bahan untuk menghilangkan tekanan, mungkin video ini mampu memenuhi keinginan anda.
Kongsi gambar Aafiyah bertudung, Siti Nurhaliza buat ramai netizen geram
Menerusi entri tersebut, ramai yang geram melihat gelagat Aafiyah dan memuji kecomelannya.
Bukan di riba, tapi bayi ini nyenyak tidur atas gitar
Gelagat comel si anak dan bapa ini telah menjadikan mereka seolah-olah selebriti di media sosial dan video terbabit setakat ini telah mendapat lebih 60 juta tontonan dan lebih sejuta perkongsian.
Awas! Nampak comel, hakikatnya ia lubuk jutaan bakteria berbahaya
75 juta sel pelbagai bakteria dan kulat dalam satu sentimeter persegi permukaan dalam sampel itik getah.
Kesiannya! Wajah comel bertukar ngeri angkara alat solek murah
Seorang ibu berniat menghias wajah anaknya dengan mekap murah, kesudahannya anaknya terpaksa bermalam di hospital.
Impian miliki anak tercapai, selepas 10 kali keguguran
Dalam tempoh 10 tahun, pasangan Sarah dan Mark Brennan dari United Kingdom, terpaksa melalui detik sukar kerana Sarah mengalami keguguran bukan sekali, bukan dua kali, tetapi 10 kali!