Platfrom media sosial terbesar, Facebook akan mengurangkan (demote) post yang mengajak dan memancing pengguna secara tidak langsung untuk memberi komen, reaksi, undi, tag dan perkongsian.
Perkara itu diumum syarikat perangkaian sosial terbesar, Facebook Inc melalui kenyataan medianya pada 18 Disember.
Taktik atau trick yang dikenali sebagai engagement baiting ini sebenarnya memberi kelebihan dalam algoritma Facebook menyebabkan posting berkenaan kerap muncul dalam kebanyakan News Feed (Suapan Berita).
Menurut Pakar Intergriti Operasi, Henry Silverman dan Jurutera Facebook, Lin Huang, mereka menerima aduan bahawa pengguna tidak menyukai posting spam di Facebook kerana ini akan mendorong mereka untuk berinteraksi dengan komen, suka, perkongsian dan perkara-perkara lain.
"Sebagai contoh, "Sila SUKA (LIKE) jika anda seorang Aries!"
Selain itu, Facebook juga akan menurunkan post-post bertentang dengan tujuan asalnya dalam News Feed - keaslian berita seperti mana yang dilaporkan oleh syarikat gergasi berkenaan.
"Perkara seperti clickbait dan pautan ke halaman laman web yang kurang berkualiti berkonsepkan spam, sensasi, atau mengelirukan ini akan dikurangkan agar mempromosikan perbualan yang lebih bermakna dan sahih di Facebook," jelasnya.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan juga memaklumkan post yang berkait dengan meminta bantuan atau cadangan seperti mengumpulkan wang amal atau meminta tips perjalanan tidak akan terjejas oleh proses ini.
Bagaimanakah ini akan memberi kesan kepada Halaman (Pages) di Facebook?
Penerbit dan perniagaan lain yang menggunakan taktik engagement baiting ini dalam post mereka patut menjangkakan jangkauan (reach) post mereka akan menurun.
Sementara itu, halaman yang berulang kali berkongsi post berkaitan dengan engagement baiting ini akan dilihat menurun dalam kadar yang signifikan.
Pentadbir halaman Facebook (Facebook Pages Admin) seharusnya memberi tumpuan untuk menyiarkan berita atau cerita yang relevan dan bermakna yang tidak menggunakan taktik engagement baiting.
Amirul Awaludin
Tue Dec 19 2017
Facebook akan mengurangkan (demote) post yang mengajak dan memancing pengguna secara tidak langsung untuk memberi komen, reaksi, undi, tag dan perkongsian.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Pengguna diharap kurangkan kandungan berunsurkan clickbait, spam - Facebook
Facebook akan menurunkan (demote) post yang mengajak dan memancing pengguna secara tidak langsung untuk memberi komen, reaksi dan perkongsian.