PEGUAM kepada bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn dilaporkan hadir pendengaran pendakwaan yang diadakan di Beirut, Lubnan pada Khamis.

Perbicaraan tersebut diadakan atas Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan dan menahan suspek.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan kehadiran Ghosn pada pendengaran tersebut.

Media tempatan melaporkan, Ghosn dilihat masuk melalui pintu khas yang dikhaskan untuk hakim dan peguam, bagi mengelakkan daripada berjumpa dengan pihak media.

BACA: Jepun akan teruskan usaha bawa pulang Carlos Ghosn

Pihak berkuasa Lubnan sebelum ini mengeluarkan arahan larangan perjalanan buat Ghosn dikeluarkan atas notis Interpol.

Ghosn dipercayai tiba di negara itu 30 Disember lalu selepas melarikan diri dari pengawasan di Jepun.



Rabu lalu, buat pertama kalinya, Ghosn muncul dalam satu sidang media yang turut menyatakan sistem keadilan Jepun, melanggar hak asasi manusia.

Terdahulu, dalam perkembangan berkaitan, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga menegaskan akan teruskan usaha membawa balik bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn melarikan diri ke Lubnan.