PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan pihaknya sedang menjalankan pemantauan terhadap kanak-kanak yang dikatakan menghidap penyakit Kawasaki di negara itu.

Penyakit Kawasaki merujuk kepada keradangan dan sindrom kekejangan yang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak.

"Kita melihatnya di seluruh dunia sekarang anak-anak kecil yang peratusannya sangat rendah. Namun ia tetap mengalami bengkak dan ruam kulit dan kami sedang melihatnnya dengan lebih dekat.

“Ini adalah fenomena yang telah diambil perhatian semua orang sejak beberapa minggu lalu,” katanya.

Setakat ini, tiga kanak-kanak maut akibat penyakit ini di New York akibat komplikasi yang mungkin disebabkan COVID-19.

Penolong Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS, ia menyebabkan pembuluh darah membengkak dan masalah jantung.

“Kita tahu apa rawatan asasnya, tetapi ini adalah sedikit berbeza dengan apa yang kita biasa lihat.

“Jadi terdapat pengaktifan di antara semua cawangan di HHS yang bekerja dengan rangkaian di hospital kanak-kanak dan Unit ICE. Ia dalam peratusan kecil, tetapi agak menakutkan.

“Ini mencerminkan fakta bahawa virus itu mempengaruhi pembuluh darah. Kita melihat pembekuan, kita melihat strok. Ini adalah fenomena pembengkakan vaskular yang kita lihat kepada kanak-kanak,” katanya.

BACA: Kes penyakit Kawasaki mungkin meningkat akibat COVID-19 - Pakar perubatan

BACA: COVID-19: New York beri amaran kanak-kanak mungkin alami simptom berbeza

Bagaimanapun, sehingga kini tiada bukti saintifik bahawa penyakit Kawasaki adalah disebabkan oleh virus COVID-19.

Sementara itu, Trump mengesahkan mengeluarkan arahan mewajibkan pemakaian topeng kepada semua individu yang memasuki White House.

Arahan itu susulan dua kakitangannya diuji positif COVID-19 minggu lalu.

Namun, ironinya Trump sendiri tidak memakai topeng dengan alasan beliau berada sangat jauh daripada semua orang.