Seorang selebriti media sosial ditahan selama lima hari kerana 'menghina' lagu kebangsaan.

Yang Kaili, 20, yang mempunyai puluhan juta pengikut didakwa menyanyikan lagu kebangsaan sambil menggerakkan tangannya seperti konduktor muzik pada 7 Oktober lalu.

Platform live-streaming, Huya telah memadamkan video itu selain menyekat saluran gadis terbabit.

Yang juga dikenali sebagai Li Ge telah memohon maaf atas perbuatannya.

Jabatan Polis Shanghai dalam satu kenyataan memaklumkan Kaili telah melanggar Undang-undang Lagu Kebangsaan China.

"Lagu kebangsaan adalah simbol negara, semua rakyat perlu menghormatinya dan menjaga martabatnya," jelas jurucakapnya.

Di bawah undang-undang tersebut yang berkuatkuasa tahun lalu, mereka yang menyanyikan lagu kebangsaan dalam cara tidak sopan boleh ditahan sehingga 15 hari. - Agensi