Orang utan Sumatra tertua di dunia mati pada usia 62 tahun di Zoo Perth, Australia semalam.

Orang utan yang dikenali sebagai “Puan” itu mati dengan meninggalkan 11 anak serta 54 ekor waris di seluruh dunia.

“Puan' telah mencurahkan banyak sumbangan kepada zoo ini khususnya bagi kelangsungan spesiesnya.

“Selain menjadi haiwan tertua di sini, Puan juga merupakan perintis kepada legasi program pembiakan yang terkenal di dunia dan menghasilkan satu warisan yang begitu luar biasa.

“10 peratus daripada populasi orang utan global merupakan datang dari genetiknya,” berdasarkan kenyataan rasmi zoo berkenaan.

Antara rantau dan negara yang menerima genetik 'Puan' ialah Amerika Syarikat, Eropah, Australasia serta hutan di wilayah Sumatra.

'Puan' dilahirkan pada 195 dan telah diiktiraf sebagai orang utan Sumatra tertua di dunia dalam Guinness Book of Records.

Menurut laporan, perkara itu jarang berlaku apabila orang utan betina mampu hidup melebihi dari 50 tahun dalam hutan.

'Puan' mempunyai seekor cicit yang dinamakan 'Nyaru'.