Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mempergiatkan usaha mencari mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di daerah Luwu Utara, Indonesia.

Angka kematian akibat kejadian tersebut kini meningkat kepada 21 orang pada Rabu, dengan dua individu dilaporkan masih hilang.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Raditya Jati, berkata operasi SAR berdepan kesukaran berikutan lumpur tebal yang meliputi jalan dan rumah, selain keadaan hujan yang masih lebat.

Jelas beliau, sekurang-kurang 10 individu cedera dalam banjir, di mana telah menjejaskan enam sub daerah di wilayah Sulawesi Selatan.

Hujan lebat yang turun sejak Isnin lalu mengakibatkan limpahan air di beberapa batang sungai.

Setakat ini, seramai 2,650 individu dipindahkan susulan kejadian tersebut.