Nyawa seorang ibu melayang di tangan anak perempuannya apabila kepalanya dipenggal selepas kedua-duanya terlibat dalam satu pertengkaran di kediaman mereka di Sydney, Australia pada Sabtu.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang dikenal pasti sebagai Jessica Camilleri mencampakkan kepala ibunya, Rita Camilleri di bahagian kaki lima rumah mereka.

Inspektor polis, Brett McFadden berkata, jiran mangsa menghubungi pihak polis sebaik melihat pertengkaran dua beranak itu semakin serius dan membimbangkan.

“Kes ini paling ngeri yang pernah saya uruskan. Mangsa mengalami luka yang amat teruk. Ia sangat menakutkan.

“Pembunuhan itu turut disaksikan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang turut mengalami luka kecil pada kepala,” katanya kepada Sky News.

Katanya, Jessica kini yang hadir pada hari perbicaraan di sebuah mahkamah di Parramatta, barat Sydney meminta untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan atas masalah gangguan jiwa.

“Saya sendiri tidak mampu untuk membersihkan diri saya dengan semua kesan darah,” katanya.

Dalam pada itu, McFadden menyatakan kes itu agak sukar dan sulit untuk disiasat pada peringkat permulaan dan banyak lagi perincian dan butiran yang belum diperoleh.