Sebuah muzium berusia 200 tahun di Rio de Janeiro musnah dalam kebakaran besar, semalam.

Rakaman insiden itu yang disiarkan stesen TV tempatan menunjukkan anggota bomba cuba mengawal api marak di institusi saintifik tertua di Brazil itu yang menyimpan lebih 20 juta koleksi sejarah berharga.

Difahamkan, punca kebakaran itu masih disiasat.

Presiden Michel Temer menerus Twitter menyifatkan ia adalah 'hari yang sedih untuk rakyat negara itu kerana nilai sejarah Brazil tidak dapat diukur dengan kemusnahan bangunan tersebut.

Sementara itu, pengarah muzium tersebut berkata, ia adalah 'tragedi kebudayaan' memandangkan premis itu menempatkan ribuan barangan sejarah Brazil dan negara lain termasuk artifak Mesir.

Antara koleksi penting mereka termasuk rangka dinosaur dan rangka manusia berusia 12,000 tahun yang diiktiraf sebagai tertua pernah ditemui di Amerika. - Agensi