Menteri kabinet Britain mahu Perdana Menteri Theresa May meletak jawatan selepas pilihan raya yang dijadual Mei depan.

Ini bagi memberi ruang kepada pemimpin baru untuk dilantik bagi mengendalikan fasa rundingan Brexit seterusnya.

Menurut laporan The Guardian, barisan menteri itu mahu May berundur sebaik sahaja fasa pertama rundingan Brexit selesai bagi mengelak kemungkinan berdepan satu lagi undi tidak percaya di Parlimen.

May sebelum ini memberi bayangan akan kekal memegang jawatan perdana menteri, bagi meneruskan legasi politiknya dalam rundingan Brexit.

Disember lalu, May menegaskan akan berundur sebelum 2022.

Britain dijadual meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac 2019.