AKTRESS Amerika Syarikat, Meghan Markle bakal membuat lawatan sulung ke Istana Buckingham untuk pra makan malam Krismas, lapor media Britain.

Menurut Mirror.uk, keluarga diraja itu akan meluangkan masa bersama dan mengadakan malam malam seminggu sebelum perayaan Krismas.

Malah, kerabat diraja itu juga telah memaklumkan mengenai kehadiran Meghan tahun ini.

Dengan kehadiran lebih 50 ahli kerabat yang lain, ia memberi peluang kepada Meghan, 36 bertemu dengan keluarga Putera Harry sebelum melangsungkan perkahwinan tahun depan.

Kedua-dua pasangan Harry dan Meghan turut dipelawa untuk tinggal bersama abangnya Putera Willam serta isteri Kate sepanjang perayaan itu.

Makan malam itu dijangka diadakan pada 19 atau 20 Disember ini dan Meghan juga akan bersama-sama meraikan sambutan pra Krismas pada 24 Disember di Sandringham.

Sumber istana memberitahu Express bahawa Meghan juga akan bersama-sama untuk makan tengah hari jika dia berada di negara ini (Britain).

"Sekarang Meghan telah bertunang dengan Harry, dia sudah dianggap sebahagian daripada keluarga.

"Selain itu, ia memberikan peluang yang sempurna bagi Meghan untuk bertemu dengan beberapa keluarga Harry, memandangkan dia tidak berada di majlis makan malam ulang tahun Ratu Elizabeth dan Putera Philip pada bulan lalu," katanya.