Kesemua 12 remaja dan seorang jurulatih pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Satu sidang media diadakan sejurus selepas mereka dibenarkan pulang.

Doktor dan pakar psikiatri turut serta dalam sidang media tersebut untuk menjawab soalan situasi yang dihadapi kanak-kanak berkenaan sepanjang tempoh di hospital.

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara dari Chiang Rai itu, kumpulan remaja dan jurulatih berkenaan menjawab beberapa soalan daripada wartawan yang sudahpun diberikan kepada mereka lebih awal.

"Kami tidak tahu 'kecederaan emosi' yang dialami oleh anak-anak ini.

"Pihak media juga maklum bahawa kumpulan remaja itu diuji situasi yang sulit, dan baru saja melalui kesulitan itu. Maka jika wartawan itu bertanyakan soalan yang berisiko, ia mungkin melanggar udnang-undang," kata pegawai dari Kementerian Keadilan, Tawatchai Thaikaew, kepada Reuters.

Thaikaew berkata, privasi remaja itu perlu dilindungi dan dihormati walaupun selepas bebas dari hospital, kerana sebarang perhatian berlebihan dari pihak media boleh menjejasjkan kesihatan mental mereka.

Terdahulu, beberapa mangsa turut disahkan menghidap pneumonia dan telah menjalani proses pemulihan.



Mereka terperangkap selama 17 hari dalam gua yang berdekatan sempadan Myanmar itu berjaya dibawa keluar dengan misi bantuan antarabangsa.

Setelah berjaya dibawa keluar dengan selamat, kesemua mereka dimasukkan di hospital bagi menjalani rawatan susulan.

BACA: Anggota pasukan 'Wild Boar' menangis apabila dimaklumkan kematian penyelam SEAL

BACA: 'Budak gua' tidak dapat tonton siaran langsung Piala Dunia

BACA: Mangsa gua Tham Luang dibenar keluar hospital minggu hadapan

BACA: 'Saat penyelamat muncul seperti magis' remaja terperangkap dalam Gua Tham Luang