Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun maut selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ukraine.

Lebih parah, separuh mayat mangsa diratah kumpulan anjing terbabit.

Memetik laporan Insta Buzz, pihak polis mengesahkan mangsa sebagai Liza Kanareikina dan kejadian berlaku di bandar Khartsyzsk, 18 batu di timur Donestsk.

Namun apa yang paling menghibakan ialah apabila mayat kanak-kanak yang dalam keadaan mengerikan itu ditemukan kedua ibu bapanya di atas timbunan salji di kawasan hutan berdekatan kediaman mereka.

Pihak polis dalam pada itu sudah membuka kertas siasatan dan tindakan awal telah dibuat dengan menembak beberapa anjing liar di sekitar kawasan kejadian.