Polis Australia telah menahan seorang lelaki yang merempuh masuk kawasan masjid di Stockleigh, Queensland sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap jemaah.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Brown Plains, 23 tahun, sebelum itu ditahan kerana memandu secara merbahaya dan di bawah pengaruh dadah.

"Pada jam 2.20 semalam, lelaki tersebut ditahan di Buckley Road untuk ujian dadah.

"Ujian berkenaan menunjukkan keputusan positif dan pemandu terbabit diberi notis penggantungan lesen 24 jam," kata polis Queensland dalam satu kenyataan di lamab web mereka.

Sejurus selepas dibebaskan, suspek dipercayai memandu pula ke Masjid Baitul Al Masroor di Neville Road dan membuat kecoh di situ.

BACA: Serangan pengganas Christchurch: Penyerang bertindak sendirian - Polis

"Lelaki itu ditangkap dan sekali lagi didakwa atas tuduhan sengaja melakukan kerosakan, mengganggu ketenteraman awam dan memandu kenderaan bermotor semasa lesen masih digantung.