Seorang lelaki berusia 23 tahun dari Thrissur ditahan polis selepas pelakon Kollywood, Parvathy TK membuat laporan polis mengenai ancaman rogol dan serangan asid yang diterimanya melalui media sosial.

CS Printo ditahan untuk siasatan dibawah Akta Teknologi Maklumat (IT) untuk ugutan dan penderaan seksual.

Pelakon terbaik di Filmfare Awards itu, menghadapi ancaman serangan asid dan rogol kerana mengutuk dialog Megastar Mollywood, Mammootty dalam filemnya Kasaba.

Dialog tersebut, menurut Parvathy menghina golongan wanita dan sangat menyedihkan.

Parvathy membuat debutnya dalam Bollywood tahun ini bersama Irfaan Khan dalam filem Qarib.

BACA: Pelakon Kollywood Parvathy buat laporan polis selepas terima ancaman bunuh, rogol