Seorang lelaki telah ditembak mati oleh polis Kenya di luar kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Nairobi pada hari Khamis selepas menikam seorang pegawai polis dengan pisau.
"Lelaki itu telah ditembak selepas menikam seorang pegawai GSU di tangannya, menyebabkan kecederaan," kata ketua polis tempatan Vitalis Otieno.
Pegawai polis yang terlibat dalam tembakan itu adalah seorang ahli Unit Perkhidmatan Am (GSU) separa tentera yang bertugas melindungi kedutaan itu.
Beliau dikatakan "berada dalam keadaan baik" di hospital.
Otieno berkata, lelaki yang ditembak itu adalah warga Kenya berusia 24 tahun dari Wajir yang terletak di timur laut negara itu berhampiran dengan sempadan Somalia, tetapi tidak memberikan nama.
Menurut polis, lelaki itu berjalan ke arah kedutaan Amerika Syarikat dan ketika berada hampir dengan pintu masuk bahagian visa, dia cuba merebut pistol dari salah seorang pegawai.
Pergelutan tercetus di mana lelaki itu dilaporkan mengeluarkan pisau dan menikam seorang pegawai sebelum ditembak di kepala oleh pegawai lain.
Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan mayat seorang lelaki yang kelihatan dari etnik Somalia berbaring di kaki lima dalam keadaan berlumuran darah, dengan dikelilingi oleh pegawai polis.
Agensi
Fri Oct 28 2016
Seorang pegawai keselamatan Amerika Syarikat berjalan melepasi mayat seorang lelaki yang menyerang polis Kenya di luar kedutaan Amerika Syarikat di Nairobi pada 27 Oktober 2016. - AFP PHOTO
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak
Mackenzie arah pengikut-pengikut agar mereka dan anak-anak mereka berlapar sehingga mati dalam usaha mengejar syurga.
Angka kematian akibat banjir El Nino di Kenya cecah 160 orang
Jumlah kematian banjir yang tercetus akibat El Nino di Kenya meningkat kepada 160 orang, dengan 529,120 orang daripada 105,824 isi rumah kehilangan tempat tinggal.
Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kenya sambut Hari Mandela di tengah seruan perbaharui komitmen terhadap perkhidmatan awam
Kenya menyertai seluruh dunia memperingati Hari Antarabangsa Nelson Mandela, yang jatuh pada 18 Julai setiap tahun, di tengah-tengah desakan memperbaharui komitmen terhadap perkhidmatan awam.
48 maut selepas dirempuh treler bawa kontena terbabas
Sekurang-kurangnya 48 orang maut dalam sebuah kemalangan di Londiani, barat Kenya, selepas sebuah treler yang membawa kontena kapal terbabas dari jalan dan merempuh beberapa kenderaan.
Fadillah ke Nairobi bermula 3 Julai, teroka eskport pasaran sawit
Ia bagi memberi ucaptama dan merasmikan Malaysian Palm Oil Forum East Africa Region 2023.
Angka kematian ajaran sesat di Kenya meningkat kepada 336
Menteri Dalam Negeri memohon maaf dan mengakui bahawa pihak berkuasa sepatutnya dapat mencegah kematian-kematian itu.
Kenya ambil inisiatif jadi perantara untuk selesaikan krisis di Sudan
Kenya mengambil inisiatif dengan menjadi perantara untuk mempertemukan pihak yang bertelagah di Sudan bagi berunding mencari penyelesaian menamatkan krisis yang melanda negara itu.