Seorang lelaki tempatan yang bersenjatakan pisau berjaya ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan di Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam, Belanda pada Jumaat.

Dia yang sebelum itu ditembak anggota polis, turut dikenalpasti mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek berusia 29 tahun dari The Hague (Belanda),” lapor polis menerusi muat naik laman sosial Twitter.

“Lelaki terbabit dikenalpasti polis mempunyai hubungan dengan insiden jenayah keganasan.”


Suspek sebelum itu membuat ancaman dengan menggunakan pisau di bahagian plaza lapangan terbang terbabit, kawasan yang menempatkan banyak restoran.

“Dia cedera dan kini berada dalam tahanan polis,” tambah kenyataan itu lagi.

Sejurus kejadian, kawasan terbabit telah ditutup untuk orang awam dan kemudiannya dibuka semula selepas keadaan kembali terkawal.