SUASANA tenang di Christchurch selepas dua hari insiden serangan pengganas di dua buah masjid, dikejutkan dengan laungan dan tarian Haka yang bersemangat pada Ahad.
Sekumpulan geng motosikal yang 'paling digeruni' di New Zealand ternyata mencuri perhatian ramai. Mereka yang dianggotai sekurang-kurangnya tujuh orang itu bertindak sedemikian sebagai tanda sokongan kepada komuniti Islam di negara itu.
Sebelum tarian itu bermula, salah seorang geng itu sempat mengucapkan terima kasih kepada polis New Zealand atas kerja mereka.
Penghormatan seumpamanya turut dilakukan oleh sekumpulan pelajar lelaki dari Sekolah Tinggi Christchurch Boys yang berjalan ke Hagley College di kawasan Christchurch untuk memberi penghormatan kepada mereka yang terbunuh dalam serangan Jumaat lalu.
Ketua pelajar sekolah tersebut, Fergus Kilpatrick, 17, adalah antara yang menyertainya dan berkata ia adalah suatu penghormatan untuk membuat ritual Haka.
"Ia sesuatu yang sangat istimewa, ia adalah sebahagian daripada budaya kami dan ini yang biasa kami lakukan ketika kami membesar, dan (tarian) ini adalah untuk berkongsi dengan mereka yang sedang melalui tempoh kesedihan," katanya.
Titisan air mata dilihat mengalir di wajah beberapa orang awam yang menyaksikan semangat kumpulan pelajar itu melakukan tarian tradisional berkenaan.
Tribut lain menunjukkan sekumpulan remaja yang memulakan gerak aksi Haka dengan penuh bertenaga sebagai penghormatan kepada dua sahabat mereka yang terbunuh dalam serangan tersebut.
Kemudian, aksi Haka tersebut ini disertai oleh lebih ramai pelajar lain, sekali gus menimbulkan emosi yang luar biasa.
Tribut Haka yang ditunjukkan oleh beberapa kumpulan di lokasi berasingan sekitar Christchurch itu secara tidak langsung menunjukkan sokongan besar daripada setiap lapisan masyarakat di negara itu.
Publisiti terhadap aksi mereka telah memberi impak besar kepada seluruh dunia.
Haka merupakan tarian tradisional kaum Maori New Zealand yang dilakukan secara beramai-ramai sebagai persediaan sebelum berperang. Ia dipersembahkan sama ada di medan peperangan sebelum berdepan secara langsung dengan pihak musuh, atau ketika para pahlawan meninggalkan kampung halaman untuk menuju ke medan pertempuran.
Hari ini, Haka adalah ritual pra-perlawanan yang paling ditakuti dan dihormati di dunia, dipopularkan oleh pasukan ragbi All Blacks yang mempersembahkannya setiap kali berhadapan dengan pasukan lawan di atas padang.
'Ka Mate' yang pertama kali dilakukan adalah sebelum pertandingan ragbi antarabangsa oleh pasukan New Zealand pada tahun 1888, hinggalah kepada seruan 'Kapa o Pango' baru-baru ini.
Haka memainkan peranan yang penting dalam persiapan fizikal dan mental pasukan All Blacks dalam setiap perlawanan.
Agensi
Mon Mar 18 2019
Tribut Haka yang ditunjukkan oleh semua peringkat umur ini telah menunjukkan sokongan yang besar dari setiap golongan di negara itu, sejurus memberi impak besar dan mainan emosi kepada seluruh dunia. Gambar REUTERS
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Cane dilantik kapten baru All Blacks
Pemain berusia 28 tahun itu membuat kemunculan pertama ketika menentang Ireland pada 2012 dan sejak itu telah mewakili negaranya sebanyak 68 kali.
Kontrak ragbi Sonny Bill Williams termahal - RM28 juta untuk 24 bulan
Berpindah dari 'rugby union' ke 'rugby league', bintang All-Blacks Sonny Bill Williams kini pemain termahal sukan ragbi.