PERNAH atau tidak anda melawat sebuah muzium yang dipenuhi dengan artifak, objek dan alatan tinggalan masyarakat awal sejak berkurun-kurun lamanya?
Tempat yang menyimpan pelbagai koleksi khazanah ini kadangkala juga boleh membuatkan bulu roma meremang malah mengacau fikiran, menerusi koleksi yang pelik dan jarang dilihat.
Ini kerana, rupa bentuk dan warna artifak yang aneh itu sendiri memberi gambaran yang mengerikan lebih-lebih lagi jika kita membayangkannya ‘hidup’.
Ketika wabak COVID-19 melanda dan sekatan pergerakan dikuatkuasakan di banyak negara di seluiruh dunia, muzium adalah antara tempat awam yang tidak dapat dikunjungi.
Dalam usaha mengisi 'kebosanan' tersebut, sekumpulan kurator muzium sedunia telah menyertai satu cabaran dengan mempamerkan koleksi-koleksi artifak aneh dan ngeri yang terdapat di muzium mereka di media sosial.
Muzium Yorkshire pada asalnya memperkenalkan satu cabaran dikenali ‘Curator Battle’ menerusi satu muat naik gambar artifak di Twitter bertujuan menghubungkan muzium serata dunia ketika musim ‘lockdown’ ini.
Cabaran ini difahamkan bertahan selama tiga hari sahaja, tetapi gambar-gambar ini mungkin sudah memadai untuk menghantui mimpi seseorang.
Meskipun cuma sebentar, perkongsian para kurator muzium menerusi hashtag #CuratorBattle tersebut menarik perhatian mereka yang gemar melihat koleksi luar biasa sekali gus mempelajari sesuatu, khususnya dari aspek sejarah, budaya, kepercayaan dan nilai estetika.
Berikut adalah antara hantaran foto-foto artifak aneh dimuat naik oleh beberapa buah muzium di media sosial.
Muzium Yorkshire di England mempamerkan sepintal rambut yang dipercayai milik seorang wanita Roman yang hidup sekitar kurun ketiga atau kurun keempat. Lebih mengerikan, rambut yang masih lengkap dengan klip rambut itu, dikatakan diambil dari tanah perkuburan wanita tersebut.
Juga di England, Muzium York Castle membawakan sebuah model buatan tangan yang menggambarkan beberapa figura sedang bermain daun terup dan menggali emas.
Namun, agak aneh apabila figura seakan-akan manusia itu diperbuat daripada jari dan sepit ketam. Mungkinkah wujud figura ini atau hanya sekadar seni metafora kepada sesebuah komuniti yang ‘tersembunyi’?
Ini pula perkongsian dari Muzium Kebangsaan Scotland (NMS) mempamerkan rangka misteri berupa seekor ikan duyung merah jambu yang memiliki mata bulat serta gigi reput.
Tidak mahu 'kalah' dengan penyertaan kurator lain, wakil dari History Museum, Jerman, menunjukkan pula simpanan mereka berupa menyimpan sejenis topeng muka yang dilengkapi dengan paruh burung.
Topeng muka menyeramkan ini dipercayai digunakan ketika wabak melanda sekitar tahun 1650 dan 1750 bertujuan melindungi doktor daripada jangkitan wabak jenis bawaan udara.
Artifak berupa jantung biri-biri dicucuk dengan paku-paku ini dipamerkan di Muzium Pitt Rivers, Oxford.
Kegunaannya dikatakan untuk digantung pada leher seperti rantai bertujuan untuk menghapuskan sumpahan jahat.
Agaknya, jika ada kurator muzium dari Malaysia yang mahu menyahut cabaran #CuratorBattle ini, apakah yang akan dikongsikan?
Najmi Syahiran Mamat
Wed Apr 22 2020
Berikut antara hantaran foto-foto artifak aneh dimuat naik oleh beberapa buah muzium di media sosial. - Gambar Twitter @YorkshireMuseum
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Kurator muzium sedunia isi kebosanan 'lockdown', pamer koleksi artifak aneh dan ngeri!
Muzium Yorkshire pada asalnya memperkenalkan satu cabaran dikenali Curator Battle menerusi laman Twitter bertujuan menghubungkan muzium serata dunia.
Lukisan gua Sulawesi dipercayai karya seni tertua dunia
Lukisan gua batu kapur itu bertarikh sekurang-kurangnya 43,900 tahun semasa zaman paleolitik.