JUMLAH kes positif jangkitan koronavirus baharu 2019 (2019-nCoV) di China meningkat lagi pagi ini sementara angka kematian meningkat kepada 722 pada Sabtu.

Menurut laporan AP, kerajaan China mengumumkan 3,399 orang lagi telah didiagnosis dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya 34,546 di tanah besar China.

Penumpang kapal persiaran Diamond Princess di Jepun menerima lebih banyak berita buruk susulan tiga lagi kes baru dilaporkan, menjadikan jumlahnya 64 penumpang setakat ini positif koronavirus.

Presiden China Xi Jinping bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat dan mendesak AS untuk "bertindak balas dengan cara yang munasabah" kepada wabak ini.

Beliau kelihatan mengulangi aduan yang mengatakan sesetengah negara kelihatan bertindak keterlaluan dengan menyekat perjalanan pelancong dari China.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Lebih 700 maut di seluruh dunia