Hong Kong pada Isnin mengumumkan menutup 10 daripada 13 lintasan sempadan dengan China dalam usaha mengekang penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV).

Penutupan tersebut tidak termasuk pusat pemeriksaan bersama Shenzhen Bay dan jambatan yang menghubungkan Hong Kong, Macau dan tanah besar China.

Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata Lapangan Terbangan Antarabangsa di bandar itu masih lagi dibuka.

Jelas Lam, lintasan utama sempadan di Lo Wu dan Lok Ma Chau serta terminal Feri Hong Kong-Macau akan ditutup menjelang tengah malam Selasa.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa

Beliau dalam pada itu menegaskan keperluan untuk mewujudkan lebih banyak kem kuarantin bagi mengasingkan mereka yang dijangkiti wabak dan berhubung rapat dengan mereka.

Setakat 6 petang Isnin, Hong Kong merekodkan sebanyak 15 kes positif koronavirus.