PENANGAN anak kecil, walaupun berstatus diraja, Putera William nampaknya tidak lari daripada rutin seperti kebanyakan ibu bapa lain iaitu berjaga malam.
Ini dapat dilihat ketika beliau menghadiri upacara Hari Anzac pada Rabu yang mana Putera William nampaknya cuba menahan mata daripada tertidur.
Gelagat Duke of Cambridge di upacara yang turut dihadiri bersama Putera Harry dan tunangnya Meghan Markle itu mendapat perhatian netizen.
Ramai ibu bapa yang bersimpati malah merasai kesukaran yang dialami Putera William.
Malah ada yang berpendapat, sepatutnya Putera William diberi waktu cuti yang cukup dan terlalu awal untuk beliau kembali bekerja.
Pada 23 April lalu, isteri William, Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8 kilogram di Hospital St Mary.
Azyyati Ahmad
Thu Apr 26 2018
Gelagat Duke of Cambridge di upacara yang turut dihadiri Putera Harry dan tunangnya Meghan Markle itu mendapat perhatian netizen. Foto Twitter @people
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Gema hari ketiga isu kelestarian dan kemampanan alam
Wartawan Astro AWANI membawakan lintas langsung Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) hari ketiga di mana ia terus menumpukan kepada soal isu kelestarian dan kemampanan alam demi generasi akan datang.
Kesian Putera William, hampir terlelap di majlis rasmi akibat penat jaga bayi
Penangan anak kecil, walaupun berstatus diraja, Putera William nampaknya tidak lari daripada rutin seperti kebanyakan ibu bapa lain.