ANGKA jangkitan baharu COVID-19 dunia terus meningkat kepada lebih 280,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif global kini mencecah angka 26.72 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.23 juta kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 4.09 juta kes manakala india merekodkan 4 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes.

Sementara itu, Peru, Afrika Selatan, Colombia dan Mexico melepasi angka setengah juta kes.

Enam negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Sepanyol, Chile, Argentina, Iran, United Kingdom, Perancis, Arab Saudi dan Bangladesh.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan, Turki, Itali, Jerman, Iraq dan Filipina.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Indonesia, Kanada, Qatar, Ukraine, Bolivia, Ecuador dan Kazakhstan.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.