ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 17.42 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University, menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 250,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.6 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.6 juta kes dan India, 1.6 juta kes.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 843,000 kes.

Enam negara -- Afrika Selatan, Mexico, Peru, Chile, Iran dan United Kingdom pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sementara Colombia, Sepanyol, Pakistan, Arab Saudi dan Itali antara negara catat lebih 200,000 jangkitan.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 100,000 kes.