JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 200 ribu kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Khamis mencecah 11.91 juta kes.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jangkitan di negara itu kini melebihi 3 juta kes positif.

Brazil negara kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1. 66 juta kes.

India dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 742,000 dan 699,000 kes.

Setakat ini, sebanyak 12 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, United Kingdom, Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan angka positif melebihi 100,000 adalah Jerman, Bangladesh, Colombia, Kanada dan Qatar.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 85,000 kes.