Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 83,130 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,462 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 84 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,957 orang.

"Sebanyak 46,493 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,338 kes, diikuti Jakarta (719 kes), Jawa Tengah (285), Sulawesi Selatan (236) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA