JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini semakin menghampiri angka 30 juta kes dengan lebih 29.6 juta kes direkodkan.

Jumlah itu disumbang hampir 500,000 jangkitan baharu positif COVID-19 dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.6 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 5.02 juta kes manakala Brazil pula merekodkan 4.38 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes.

Sementara itu, Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Iraq, Turki, Itali, Filipina Jerman dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Ukraine, Israel, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan dan Romania.

Negara lain pula masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.