Kerajaan Thailand baharu, di bawah pimpinan Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha digesa mewujudkan semula rundingan proses perdamaian dalam tempoh terdekat untuk menamatkan keganasan di selatan Thailand.
Bekas anggota Parlimen Narathiwat, Najmuddin Umar berkata proses damai antara kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) yang digantung sejak Februari lepas perlu kembali ke meja dialog apabila pembentukan kerajaan baharu Thailand selesai, dijangka pada bulan ini.
"Saya yakin proses perdamaian akan diteruskan untuk mencari keamanan di selatan Thailand," katanya kepada Bernama.
Sejak beberapa tahun lepas, Mara Patani yang mewakili beberapa kumpulan pejuang di selatan Thailand telah mengadakan rundingan damai dengan kerajaan Thailand bagi mencari titik noktah kepada konflik yang telah berlarutan sejak 2004.
Namun, proses perdamaian yang diusahakan di selatan Thailand di mana Malaysia bertindak sebagai fasilitator, belum menunjukkan kemajuan walaupun terdapat beberapa percubaan untuk mengatasi perbezaan antara pihak-pihak yang bertelagah.
Pada 3 Feb, Mara Patani bertindak menggantung rundingan damai itu sehingga selesai Pilihan Raya Umum Thailand pada 24 Mac berikutan kecewa dengan tindakan ketua panel perunding kerajaan Thailand, Jeneral Udomchai Thammasarorat yang enggan bertemu dengan panel perunding Mara Patani di Kuala Lumpur.
Namun minggu lepas, pengerusi Mara Patani, Awang Jabat berkata badan itu bersiap siaga untuk kembali ke meja dialog apabila pembentukan kerajaan baharu selesai.
Sehingga kini, kira-kira 7,000 orang terbunuh dalam konflik yang berlaku di empat wilayah di Selatan Thailand - Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla.
Sebelum ini, penganalisis mengenai konflik selatan Thailand, Dr Srisompob Jitpiromsiri dari Prince of Songkla University, Pattani (PSU) berkata, kurangnya kemajuan dalam proses perdamaian adalah antara faktor utama peningkatan keganasan di wilayah-wilayah sepanjang bulan Ramadan.
Beberapa insiden letupan dan tembakan berlaku semasa 10 hari terakhir Ramadan termasuk insiden letupan di pasar Bo Thong, Nong Chik, Pattani pada 27 Mei lepas yang meragut dua nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2019
Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha digesa mewujudkan semula rundingan proses perdamaian. - Gambar fail
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Skuad Waja perlu jadi mata dan telinga komuniti - Nancy
Keganasan terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia dan mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan.
12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.
AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat
Amerika Syarikat (AS) kini melaksanakan sekatan terhadap empat pendatang Yahudi selepas mereka dituduh melakukan keganasan terhadap orang awam dan kemusnahan harta benda di Tebing Barat, lapor Agensi
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.
13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India.
UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia
Cabaran penting yang timbul semasa perbincangan ialah jurang dalam menangani pencabulan hak asasi manusia secara berkesan.
19 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Filipina
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina.