Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan sekatan ke atas dua kementerian dan tiga pegawai kanan kerajaan Turki susulan operasi anti-keganasan negara itu di timur laut Syria, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan jabatan tersebut.
Washington mengenakan sekatan ke atas Kementerian Pertahanan Nasional; Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Menteri Pertahanan Nasional Hulusi Akar, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Fatih Donmez serta Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu.
"Kami bersedia mengenakan sekatan tambahan ke atas para pegawai kerajaan dan entiti Turki, seperti yang diperlukan," menurut jabatan itu.
Menurut undang-undang AS, mereka yang dinamakan dalam senarai itu berdepan sekatan dari segi harta benda (jika ada) dan dihalang daripada mengadakan hubungan perdagangan dengan AS.
Turki telah melancarkan Operasi Peace Spring pada 9 Okt untuk menghapuskan pengganas dari utara Syria dalam usaha menjaga keselamatan di sempadan Turki, membantu kepulangan selamat pelarian Syria dan memastikan integriti wilayah Syria.
Ankara berhasrat membersihkan kawasan di utara Syria yang terletak di timur Euphrates daripada cengkaman keganasan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan sekutunya, Unit Perlindungan Rakyat (YPG)/Parti Kesatuan Demokratik (PYG).
Dalam kempen keganasannya selama lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK yang disenaraikan sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah, telah bertanggungjawab atas kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi.
Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Presiden Donald Trump berkata pentadbirannya "tidak lama lagi" akan mengeluarkan satu perintah eksekutif yang membenarkan kemungkinan dikenakan sekatan ke atas Turki, termasuk ke atas bekas dan pegawai semasa kerajaan negara itu.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter, beliau berkata tarif keluli sekali lagi akan dinaikkan sebanyak 50 peratus dan rundingan bagi perjanjian perdagangan bernilai US$100 bilion akan dihentikan "serta-merta" oleh Jabatan Perdagangan AS.
Dalam satu taklimat akhbar dengan Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin, Naib Presiden Mike Pence berkata Trump telah meminta Turki menghentikan operasinya dan menguatkuasakan gencatan senjata serta-merta selain memulakan rundingan dengan PYD/YPG.
Pemimpin Turki telah berulang kali menegaskan bahawa operasi itu tidak menyasarkan puak Kurdish, bercanggah dengan retorik dalam kalangan anti-Turki yang mendakwa tentera Turki kini menjejaskan orang awam dan perjuangan menentang saki-baki kumpulan pengganas Daish.
Pada Sabtu, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Turki akan memikul tanggungjawab bagi anggota Daish yang berada di pusat-pusat tahanan di utara Syria.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
Pemberontak Syria yang disokong Turki memandu kenderaan di sebatang jalan di bandar Akcakale, wilayah Sanliurfa, Turki, 14 Okt, 2019. REUTERS
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.