SEKEPING gambar terbaharu puteri diraja Britain Puteri Charlotte – anak kepada pasangan Putera William dan Kate Middleton telah didedahkan kepada orang ramai pada Isnin sempena ulang tahun kedua puteri comel itu.

Gambar terbaharu itu dimuat naik ke laman Instagram Kensington Royal, semalam.

Menurut Istana Kensington, gambar tersebut diambil pada bulan April oleh ibunya, Kate, di Anmer Hall, iaitu rumah terpencil di Norfolk, timur England - tempat keluarga diraja menghabiskan masa peribadi.

Charlotte dilihat memakai pakaian kardigan kuning dengan klip rambut berwarna biru di rambutnya.

“William dan Kate mengucapkan terima kasih atas ucapan indah anda dan berharap semua orang gembira untuk melihat gambar Puteri Charlotte,” kata jurucakap Istana Kesington dalam Instagramnya.

Charlotte yang dilahirkan pada 2 Mei 2015 merupakan wanita keempat dalam pewarisan takhta, dilihat hanya muncul dalam beberapa gambar sejak kelahirannya.