Empat gambar terbaharu puteri diraja Britain Puteri Charlotte – anak kepada pasangan Putera William dan Kate Middleton telah didedahkan kepada orang ramai pada Ahad sempena ulang tahun pertama puteri comel itu.

Gambar-gambar tersebut telah dirakam oleh ibunya, Kate, di Anmer Hall, iaitu rumah terpencil di Norfolk, timur England, yang mana ia merupakan tempat keluarga diraja menghabiskan masa peribadi.

"Gembira dapat berkongsi detik-detik keluarga menjelang ulang tahun pertama anak perempuan mereka" kata-kata yang dipetik dari Twitter rasmi pejabat Istana Kensington.

Charlotte dilihat memakai pakaian bercorak sama tetapi warna yang berbeza dan kelihatan comel bermain dengan permainannya.

William dan Kate sebelum ini mengambil keputusan melindungi privasi Charlotte dan abangnya, Putera George yang berusia dua tahun.

Charlotte yang merupakan wanita keempat dalam talian untuk takhta, dilihat hanya muncul dalam beberapa gambar sejak kelahirannya.

Antara aksi comel Puteri Charlotte yang dirakamkan di Anmer Hall. - Foto AFP