KEDAI gunting rambut dan salun di California, Amerika Syarikat (AS) akan dibenarkan beroperasi semula selepas sekatan dikenakan akibat pandemik COVID-19.

Pengumuman itu dibuat Gabenor California, Gavin Newsom pada Selasa sebagai sebahagian daripada keputusan melonggarkan sekatan.

Antara garis panduan yang dikeluarkan adalah pelanggan dan pekerja perlu memakai pelitup muka semasa menggunting rambut atau semasa berada berdekatan pelanggan.

Dalam pada itu, 47 daerah di California telah diberikan variasi terhadap perintah negeri yang membenarkan mereka membuka semula ekonomi dengan segera.

Begitupun, Los Angeles County dan San Francisco Bay tidak termasuk antara wilayah yang dibenarkan dibuka semula.