Keputusan referendum Brexit mungkin menunjukkan perbezaan sekiranya data peribadi pengguna tidak dimanipulasi perunding politik.

Pemberi maklumat, Christopher Wylie yang pernah bekerja dengan Cambridge Analytica mendakwa bekas majikannya itu mungkin menggunakan data pengundi yang menyaksikan 51.9 peratus warga Britain memilih untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Wylie turut mendedahkan syarikat konsultasi AggregateIQ membangunkan perisian berdasarkan data untuk kempen bagi mengundi keluar dari EU.

“Saya rasa rasional untuk menyatakan bahawa keputusan referendum itu berbeza, jika tidak berlaku apa yang saya lihat sebagai penipuan,” katanya ketika memberikan keterangan di hadapan pembuat undang-undang di British.

BACA: Apa yang anda perlu tahu tentang kontroversi Facebook dan Cambridge Analytica

Cambridge Analytica menafikan berkongsi data dengan syarikat berkenaan, sementara AggregatIQ tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendedahan Wylie.

Ahli Parlimen United Kingdom (UK) sebelum ini turut menuntut Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg untuk memberi jawapan berhubung kontroversi Cambridge Analytica yang melibatkan jutaan data pengguna laman media sosial itu.

Zuckerberg bagaimanapun menolak permintaan parlimen Britain untuk memberi keterangan isu sama.

BACA: Mark Zuckerberg 'berdiam diri' selama lima hari, ramai persoal kredibiliti Facebook

BACA: Kebocoran data: CEO Facebook, Mark Zuckerberg dijangka beri keterangan di Kongres