Kate Middleton, yang hamil dengan anak sulung yang merupakan pewaris takhta Britain, telah dimasukkan ke wad bersalin pada hari Isnin, menurut jurucakap Kensington Palace.

"Laporan menyatakan Duchess of Cambridge kini berada pada tahap awal bersalin setelah dimasukkan ke Lindo Wing Hospital St. Mary pada jam 6 pagi (0500 GMT) waktu tempatan," kata beliau.