ELON Musk berkongsi video ‘kapal selam mini’ yang dicadangkan pada Ahad bertujuan sebagai peranti dalam misi menyelamat mangsa yang terperangkap di gua Tham Luang.
Selepas empat mangsa berjaya dikeluarkan, Musk beberapa jam lalu berkongsi video ‘kapal selam’ kecil yang diuji di kolam renang dekat Los Angeles.
'Kapal selam' mini itu turut diuji untuk melalui kawasan yang sempit mengikut keperluannya dalam misi menyelamat mangsa di laluan mencabar di gua berkenaan.
Video berkenaan menunjukkan tiga individu berpakaian skuba sedang menguji ‘kapal selam’ berkenaan.
Tiub berkenaan mempunyai diameter sepanjang 31cm dengan berat ketika kering lebih kurang 40 kilogram.
“Dengan berat ini, ia mudah untuk dibawa di kawasan separa berair dalam gua berkenaan.
"Kami juga berjaya membuat rekaan yang tepat agar tidak menyebabkan laluan pada gua berkenaan tersumbat," katanya menerusi akaun Twitter.
Malah, ilustrasi penggunaan 'kapal selam' mini berkenaan turut dikongsikan menerusi sebuah lakaran.
Pada Ahad, beliau menawarkan bantuan kepakaran jurutera daripada dua syarikat miliknya, Space X dan The Boring Company bagi membantu kerajaan Thailand.
Dengan hanya memanfaatkan akaun Twitter, Musk menjalankan proses 'brainstorming' serta mengumpulkan idea yang paling sesuai dengan kepakaran yang ada untuk membantu mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap sejauh empat kilometer di dalam gua berkenaan.
Musk turut memberitahu 'kapal selam' mini berkenaan mengambil masa 17 jam untuk tiba di Thailand.
Hilal Azmi
Mon Jul 09 2018
ELON MUSK: Kami berjaya membuat rekaan yang tepat tanpa menyebabkan laluan gua tersumbat - Foto Twitter/@@elonmusk
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
X akan buang ciri sorok calit biru
X mula beri notifikasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium.
Elon Musk sasar pengenalan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos
Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain.
Di tangga ketiga manusia paling kaya dunia, Zuckerberg kini atasi Musk
Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan mencapai $187 bilion, mengatasi Elon Musk dengan nilai kekayaan $181 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
Lelaki lumpuh guna implan otak kawal komputer dengan fikiran
Seorang lelaki yang keempat-empat anggota tubuhnya menjadi lumpuh mampu mengawal komputer hanya menggunakan fikirannya.
Musk pertahan diri ambil dadah
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan pada Isnin.