Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan maut selepas dipukul dan dihentak pada tiang batu oleh seorang sami di sebuah kuil di Kanchanaburi.

Ketika kejadian, Suphachai Suthiyano, 64, dipercayai mengamuk apabila mangsa, Wattanapol Sisawad bermain-main ketika sesi tafakur di sebuah kuil di Kanchanaburi, hujung minggu lalu.

Suspek dikatakan memukul mangsa dengan batang buluh di bahagian belakang badan beberapa kali sebelum menghentak kepala mangsa pada tiang batu.

Akibat dari tindakan suspek, kanak-kanak itu koma sebelum meninggal dunia kelmarin.

Suspek yang dipecat selepas ditahan Ahad lalu, telah didakwa di mahkamah dan ibu mangsa, Sukunya Tunhim memberitahu media tempatan, dia tidak akan memaafkan perbuatan sami itu. - Agensi