JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 peringkat global melepasi angka 30.3 juta kes.

Ia berikutan ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu, Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus menjadi negara paling teruk terjejas dengan 6.7 juta kes jangkitan.

Ia diikuti India dengan 5.21 juta kes dan Brazil 4.45 juta kes. Manakala jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes.

Bagi negara yang melepasi angka setengah juta kes antaranya Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol, dan Argentina.

Manakala Perancis, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Iraq dan Pakistan masing-masing merekodkan jangkitan melepasi 300,000 kes.

Enam negara lain merekodkan jangkitan positif melebihi 200,000 termasuk Turki, Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 kes pula antaranya Ukraine, Kanada,m Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakstan, Romania, Panama dan Mesir.