Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo mendapat kecaman daripada golongan aktivis kerana menamakan bekas menteri pertahanan untuk menyertai kabinetnya.

Golongan aktivis melihat penamaan ini sebagai satu langkah ke belakang untuk melindungi hak asasi manusia.

Jokowi yang merupakan pemimpin pertama negara Indonesia yang bukan daripada golongan elit politik dan tentera telah menamakan bekas Ketua Angkatan Tentera Darat, Ryamizard Ryacudu sebagai salah seorang kabinetnya.

Golongan aktivis mendakwa telah berlaku salah guna kuasa semasa Ryamizard mengetuai operasi meleraikan kumpulan pemisah di Aceh.

Pada tahun 2003, Ryamizard telah dikritik kerana memuji sekumpulan tentera yang dipenjara sebagai "wira" kerana membunuh seorang pemimpin pro-kemerdekaan Papua.

"Terdapat keraguan yang besar jika dia (Ryamizard) akan menghormati hak asasi manusia," kata Al Araf dari kumpulan hak asasi terkemuka Imparsial.

John Miller dari Jaringan Aksi Timor Leste dan Indonesia berkata pelantikan Ryamizard menunjukkan Widodo tidak serius tentang hak asasi manusia.

Sementara itu Amerika Syarikat sekutu utama Indonesia berkata mereka tidak melihat perkara itu sebagai masalah yang besar.

"Kami sedar dakwaan pelanggaran hak asasi manusia oleh tentera Indonesia semasa Ryacudu menjawat sebagai Ketua Angkatan Tentera Darat.

“Walau bagaimanapun kami tidak mengetahui sebarang melibatkan menteri pertahanan itu dengan mana-mana akta spesifik hak asasi manusia,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Jen Psaki.

Beliau turut berkata pihak tentera Indonesia dilihat memainkan peranan penting ketika di bawah pimpinan Suharto, yang telah mengubah "dengan cara yang lebih signifikan" sejak negara itu menjadi sebuah negara demokrasi pada tahun 1998.

Penamaan ini juga dikritik kerana ia memecah tradisi pemerintahan tiga dekad Suharto di mana pelantikan menteri pertahanan diberikan kepada orang awam untuk menunjukkan kedudukan rakyat melebihi kedudukan kententeraan.

Semasa pemerintahan berdasarkan autoritarian, tentera Indonesia memiliki pengaruh politik yang besar, dan mampu menjalani perwakilan parlimen tanpa pilihan raya.

Namun sejak fasa kejatuhan pimpinan Suharto, golongan ketenteraan telah dilucutkan dari kerusi parlimen dan memainkan peranan yang jauh lebih kecil dalam masyarakat Indonesia.