Sembilan cedera apabila sebuah jet peribadi terhempas di penghujung landasan di lapangan terbang Tegucigalpa, ibu negara Honduras pada Selasa.

Video dari tempat kejadian menunjukkan penduduk di sekitar kawasan kemalangan berkenaan bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa di dalam pesawat yang terpecah kepada dua bahagian berkenaan.

Laman web FlightAware berkata pesawat berkenaan terbang dari Austin, Texas, Amerika Syarikat pada pagi Selasa.

Rekod Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menunjukkan pesawat didaftarkan oleh TVPX Aircraft Solutions Inc. di North Salt Lake, Utah.

Lapangan terbang Tegucigalpa telah lama dikenali sebagai salah satu lapangan terbang yang berbahaya serta dikelilingi kawasan pergunungan dan perumahan.