KEMENTERIAN Luar India menggesa China untuk mengehadkan semua aktivitinya kepada kawasan dalam garisan kawalan sebenar atau LAC China.

Menurut jurucakap Kementerian Luar, India turut menggunakan saluran diplomatik untuk mengurangkan ketegangan di lembah Galwan di Ladkh.

New Delhi juga menafikan ada tentera India yang hilang.

Sekurang-kurangnya 20 tentera India terkorban dalam keganasan yang berlaku di sempadan China-India pada Isnin.

Ini adalah konflik terburuk sejak 45 tahun lepas.

Laporan AP menunjukkan visual anggota tentera yang tekorban disemadikan.

China masih tidak mengeluarkan kenyataan tentang kecederaan atau kematian anggota tenteranya.

Kedua-dua pihak turut mendakwa pihak lawan yang memulakan ketegangan.

Ketegangan ini melibatkan sempadan dan tuntutan hak kawasan dan dilaporkan aktiviti pembinaan di dalam kawasan lawan di Ladakh.

Sebelum ini, China bersetuju yang semua pihak harus bertenang di kawasan berkenaan.

Sementara itu, menurut Ambank Research, kebimbangan geopolitik melibatkan tentera China dengan India, desakan terbaharu oleh Pyongyang serta pandemik COVID-19 dijangka memberi tekanan kepada ringgit terutama dengan peningkatan dolar AS.