JIKA anda pernah menonton filem aksi "Gemini Man" baru-baru ini, pastinya konsep yang ditonjolkan agak asing dan mungkin tidak tercapai dek akal.
Dalam filem itu, Will Smith memegang watak pembunuh upahan berusia 51 tahun yang sudah bersara.
Namun dia tiba-tiba menjadi sasaran bunuh lelaki yang begitu arif dengan setiap gerak langkahnya.
Apa yang mengejutkan ialah lelaki itu rupa-rupanya klon dirinya sendiri yang dihasilkan tanpa pengetahuannya dalam usaha melahirkan replika pembunuh upahan hebat bagi memastikan kepakarannya dapat terus dimanfaatkan.
Jika anda rasa pengklonan makhluk hidup sekadar filem dan tidak mungkin diaplikasikan dalam dunia nyata, anda silap.
Baru-baru ini, Polis Beijing menerima enam anjing klon dalam usaha pihak berkuasa itu memanfaatkan kehebatan baka anjing polis terdahulu dalam generasi baharu unit K-9 jabatan itu.
Dalam satu upacara pada Rabu, keenam-enam anjing klon itu dipakaikan lencana, kolar dan uniform bagi menandakan kemasukannya sebagai sebahagian anggota penguat kuasa, lapor China Daily.
Usaha mengklonkan anjing berkenaan dibuat pihak berkuasa menggunakan sampel kulit daripada dua ekor anjing.
Hasilnya, enam anak anjing klon itu dilahirkan pada Ogos lalu di mana empat daripadanya dihasilkan daripada kelompok sama dengan ketepatan DNA lebih 99 peratus berbanding anjing asal.
Menurut jurulatih anjing Ma Jinlei, anjing-anjing klon itu menunjukkan kemampuan sepertimana anjing polis berusia enam bulan yang tidak diklonkan daripada segi ingatan, keberanian dan keagresifan.
Pihak berkuasa China memilih langkah pengklonan bagi mengurangkan tempoh latihan dan kos memelihara serta menjaga anjing polis yang mencecah 75,000 (kira-kira RM313,000) seekor bagi tempoh lima tahun.
Anjing polis klon pertama di China yang bernama Kunxun dihasilkan daripada anjing penghidu berusia tujuh tahun bernama Huahuangma yang terkenal kerana sumbangannya dalam siasatan kes pembunuhan.
Astro Awani
Fri Nov 22 2019
Polis Beijing menerima enam anjing klon dalam usaha pihak berkuasa itu memanfaatkan kehebatan baka anjing polis terdahulu dalam generasi baharu unit K-9 jabatan itu. -Gambar fail
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Ibarat filem Gemini Man, polis Beijing manfaat ketangkasan 6 anjing klon
Keenam-enam anjing klon itu dipakaikan lencana, kolar dan uniform bagi menandakan kemasukannya sebagai sebahagian anggota penguat kuasa.