Gempa bumi kuat yang berlaku di Taiwan telah mengakibatkan 10 orang maut, 265 cedera manakala 58 lagi masih hilang.

Gegaran kuat yang berlaku di bandar Hualien berukuran 6.4 skala Richter pada Selasa telah menyebabkan beberapa bangunan tumbang manakala satu lagi gempa bumi baru pada lewat Rabu (waktu tempatan), berukuran 5.7 magnitud.

Menurut kenyataan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu terjadi pada kedudukan 21km timur laut bandaraya itu pada kedalaman 11km.

Bangunan musnah akibat gempa bumi kuat di Taiwan. - REUTERS
Terdahulu, media melaporkan empat terbunuh manakala 225 cedera dalam kejadin bangunan runtuh akibat gempa bumi di bandar itu.

Pasukan penyelamat bekerja keras menyelamatkan mangsa hingga ada yang menggunakan tangan bagi mengorek timbunan bangunan tersebut.

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi itu telah mengakibatkan kawasan sejauh 22km terjejas termasuk hospital ketenteraan.

Selain beberapa bangunan runtuh, laporan sebelum ini mendakwa 150 mangsa dikhuatiri masih hilang.

Mangsa yang hilang dipercayai masih tersekat di dalam bangunan 12 tingkat yang condong 45 darjah akibat gempa bumi kuat itu.

Sebelum ini, pada tahun 2016, seramai 100 mangsa terbunuh akibat gempa bumi mencecah 7.6 skala Ritcher di selatan Taiwan.

BACA: Gempa kedua landa Hualien di Taiwan

BACA: Sekurang-kurangnya empat terbunuh, 145 hilang akibat gempa bumi di Taiwan

BACA: Gempa bumi 6.4 magnitud di Taiwan, beberapa bangunan tumbang