SYARIKAT penerbangan Amerika Syarikat, United Airlines dilaporkan bertindak melarang dua orang remaja perempuan dari menaiki pesawat hanya-gara-gara mereka memakai seluar ‘leggings’ atau seluar ketat.
Kejadian berlaku pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver di pintu masuk untuk sebuah pesawat yang menghala ke Minneapolis.
Memetik laporan The New York Times, kedua-dua remaja berkenaan yang turut bersama ahli keluarga yang lain telah ditahan oleh seorang petugas United Airlines.
Petugas itu dilaporkan berkata pakaian yang dipakai oleh remaja berkenaan tidak bersesuaian.
Mereka hanya dibenarkan menaiki pesawat setelah memakai persalinan lain untuk menutup 'leggings' itu.
Insiden itu dikongsi oleh seorang penumpang bernama Shannon Watts dan terus menjadi tular di media sosial.
Susulan itu, seorang jurucakap kepada United Airlines, Jonathan Guerin, mengesahkan kejadian itu dan berkata kedua-dua remaja berkenaan menggunakan tiket ‘Pass Travellers’ yang diberikan kepada kakitangan United Airlines dan ahli keluarga mereka.
Tambah Guerin, mereka yang menggunakan tiket ini harus mematuhi beberapa terma, termasuk pakaian yang bersesuaian kerana mereka “mewakili” syarikat berkenaan jika menggunakan tiket itu.
Perkara ini turut disahkan oleh United Airlines menerusi akaun Twitter mereka.
Susulan itu, ramai netizens, termasuk selebriti, yang mengkritik tindakan United Airlines.
Syafique Shuib
Mon Mar 27 2017
Seorang jurucakap United Airlines berkata penumpang berkenaan menggunakan tiket khas yang diberikan kepada ahli keluarga dan mereka harus mematuhi beberapa terma, termasuk kod pakaian. - REUTERS/Louis Nastro/Files
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Foto menteri Indonesia tertidur keletihan di lapangan terbang AS tular
Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti berada di AS untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Anak murung dek kerja rumah, ibu beri kata dua kepada guru
Seorang ibu di Kanada tidak mahu anak perempuan beliau yang berusia 10 tahun mengalami kemurungan kerana tugasan kerja rumah.
Lelaki 'kahwini' robot setelah gagal cari calon isteri
Zheng Jiajia merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou.
Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak
Matthew Perry sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau pernah pukul Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ketika berada di sekolah rendah yang sama.
Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines
Seorang jurucakap United Airlines berkata penumpang berkenaan menggunakan tiket khas yang diberikan kepada ahli keluarga dan mereka harus mematuhi beberapa terma, termasuk kod pakaian.
Menari persis Britney Spears, pramugara AirAsia curi perhatian CEO dan netizen
Video yang menampilkan seorang anak kapal AirAsia tular di media sosial setelah dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan akaun 9gag.
Suara merdu kanak-kanak 4 tahun buat netizen cair
Hilangkan Monday Blues anda dengan menyaksikan video muzik yang comel, nyanyian kanak-kanak 4 tahun, Claire Ryann Crosby.
'Aku tidak peduli apa kata orang, kutukan orang, kerana ini kebahagiaan aku' - Hafiz Mahamad
Tular sejak Sabtu, video berdurasi tiga minit 20 saat itu menunjukkan Hafiz membuat kejutan untuk keluarganya dengan menaiki kapal mewah.
Tiada lagi pengiklanan berita palsu di Facebook, Google
Facebook dan Google masing-masing melarang laman portal yang sebar berita palsu dari menggunakan perkhidmatan pengiklanan mereka.
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' tersenarai dalam carta Billboard Hot 100
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 hasil jumlah penstriman yang memberangsangkan.