Seorang remaja lelaki dipukul sehingga mati kerana menjalin hubungan yang tidak direstui keluarga kekasihnya.

Kekasihnya juga turut menerima nasib sama.

Polis berkata kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dan menuntut di kolej sama di Aligarh.

Pembunuhan bermaruah dipercayai motif pasangan remaja terbabit dibunuh.

"Mangsa Mridul Kumar dan Kumari Soni ditangkap berdua-duaan di dalam bilik gadis berkenaan pada waktu awal pagi.

"Keluarga Kumari kemudian membelasah remaja lelaki itu hingga mati.

"Kira-kira 12 jam kemudian, Kumari pula ditemui mati dan ibu-bapanya memberitahu anak gadis mereka mati membunuh diri," kata polis.

Susulan itu, polis bertindak menahan empat suspek termasuk ibu-bapa gadis malang berkenaan.

Mayat pasangan remaja itu telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. -Times of India