APAKAH yang akan terjadi jika dua penyanyi terkenal Ariana Grande dan Jungkook dari BTS dilihat bersama?

Ya, semestinya ia akan mencetuskan kekecohan!

Baru-baru ini, Jungkook yang merupakan salah seorang daripada tujuh jejaka tampan BTS hadir ke konsert ‘Sweetener’ Ariana yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Bukan setakat hadir, mereka berdua juga sempat selfie atau berswafoto selepas persembahan konsert.

Ariana yang begitu teruja telah memuat naik gambar tersebut di laman Instagram milik peribadinya bersertakan kapsyen yang menjadi tumpuan ramai.

Biarpun ia baru sahaja dimuat naik dalam masa 12 jam, gambar tersebut telah pun mendapat jumlah sukaan sebanyak 4.7 juta di laman Instagram miliknya.


Ariana yang terkenal dengan lagu ‘Thank You, Next!’ itu lebih menghangatkan keadaan menerusi Insta Stories selepas menunjukkan gambar selfie mereka berdua itu sebagai 'wallpaper' telefon bimbitnya.

Gambar mereka berdua menjadi trending di media sosial kerana ia memang sebenarnya suatu yang luar biasa untuk melihat Ariana memuat naik gambar bersama kapsyen yang bermakna itu.

Persoalannya, mengapakah Ariana sanggup menjadikan gambar mereka berdua itu sebagai 'wallpaper' untuk skrin telefon bimbitnya sehingga berkongsikan tangkapan skrin 'wallpaper' itu menerusi Insta Stories?

Jungkook yang merupakan ahli paling muda dalam BTS, turut memberikan kenyataan menerusi laman Twitter rasmi (BTS_twt) menunjukkan dirinya juga merasakan keterujaan yang sama.

I felt and learned a lot after seeing her stage. I am really challenged by her stage and will try harder!” tulisnya yang turut berkongsi gambar dia sedang memegang wang kertas peringatan dari konsert yang berlangsung pada 6 hingga 7 Mei itu.


Kumpulan fenomena K-pop itu kini menikmati hari percutian mereka di Los Angeles selepas persembahan konsert siri jelajah “Love Yourself: Speak Yourself” pertama mereka yang berlangsung di Rose Bowl pada 4 dan 5 Mei lalu.

Ketujuh-tujuh ahli BTS itu berkongsi gambar mereka sedang berseronok di laman Twitter termasuk foto bersama penyanyi yang popular dengan lagu 'All of Me', John Legend.

Tujuh jejaka BTS yang terdiri daripada Jimin, Jungkook, J-Hope, Jimin, Suga, RM dan V bakal mengadakan konsert mereka yang seterusnya di Soldier Field, Chicago hujung minggu ini.