SELEPAS memberikan cadangan agar orang ramai mengaplikasikan falsafah 996 di tempat kerja (bekerja dari 9 pagi hingga 9 malam, enam hari seminggu di tempat kerja), pengasas Alibaba, Jack Ma memberikan satu lagi nasihat untuk kehidupan yang lebih baik, iaitu falsafah 669.

Meskipun tidak menyatakan maksudnya dengan jelas, ramai yang berpendapat ia merujuk kepada hubungan seks selama enam hari, sebanyak enam kali dan berpanjangan.

Angka 9 bermaksud 'berpanjangan' dalam bahasa Mandarin.

Menurut laporan Daily Mail, lelaki terkaya China itu memberikan nasihat tersebut kepada pekerja semasa perkahwinan kakitangannya.

"Di tempat kerja, kami menekankan semangat '996'. Dalam kehidupan, kita harus mengikuti '669"," kata Ma.



Nasihat itu telah menimbulkan kekecohan di media sosial, dengan ramai pengguna menganggapnya jenaka berunsur lucah.

"Manusia mana yang akan mempunyai tenaga untuk melakukan 669 di rumah selepas 996 semasa bekerja?" sindir netizen.