TAUFAN Amphan, ataupun dikenali sebagai siklon Amphan yang membadai persisiran utara India dan selatan Bangladesh dengan kelajuan angin 175 kpj (109 mph), telah meragut nyawa dan memusnahkan banyak harta benda.

Menurut pakar meteorologi, Pedram Javaheri, ribut taufan ini setara dengan ribut taufan Kategori 2 Atlantik tetapi masih dikategorikan 'sistem ribut yang sangat kuat'.

Amphan menjadi taufan paling dahsyat yang pernah berlaku di Teluk Bengal pada malam Isnin lalu - setara dengan taufan Kategori 5 Atlantik. Walaupun ribut itu mulai reda, tenaga siklon sudah diaktifkan dan sebahagian air dipindahkan sebelum itu," kata Javaheri.

Berikut merupakan fakta yang anda perlu tahu mengenai taufan siklon Amphan:

Usaha kerajaan negara itu untuk memindahkan jutaan rakyat sebelum dilanda ribut itu merupakan satu cabaran besar memandangkan pandemik COVID-19 masih menular dan penjarakan sosial harus dititikberatkan.

Menurut wartawan Al-Jazeera, Tanvir Chowdhury, 1.4 juta orang telah selamat dipindahkan dan dimasukkan ke tempat perlindungan namun kira-kira 46,000 orang masih berada dalam risiko tinggj di beberapa pulau di wilayah pesisir Bangladesh.

"Terdapat tempat tinggal untuk sekurang-kurangnya lima juta orang dan terdapat pasukan perubatan, pasukan operasi penyelamat, pengawal pantai dan tentera laut telah bersiap sedia di kawasan pesisir," katanya.