Greece menyambut baik keputusan terbaharu yang dibuat Eurogroup berhubung isu hutang Athens.

Keputusan tersebut memberi masa depan baharu buat Athens yang tenggelam dalam krisis pelan penyelamatan hutang selama lapan tahun.

Pada Jumaat, Presiden Eurogroup Mario Centeno mengumumkan akan memberi pinjaman bantuan kepada hutang Greece termasuk pelepasan hutang dan pembayaran tunai besar kepada Athens.

Di bawah perjanjian yang dicapai oleh Eurogroup itu memberi jaminan kepada lanjutan Athens selepas tamatnya pelan penyelamatan ketiga pada Ogos.

Athens akan menerima lanjutan 10 tahun untuk pembayaran pinjaman kepada Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah dan tambahan 10 tahun tempoh tangguh untuk pembayaran faedah.

Keputusan bersejarah itu memberi maksud baharu kepada krisis hutang Greece dan mendapatkan kembali kemerdekaan politik dan kewangannya.

Pada peringkat awal Eurogroup bersetuju memberi pinjaman berjumlah 15 bilion euro bagi ansuran pinjaman berjumlah 86 bilion euro yang dimeterai tiga tahun lalu dengan Tabung Kewangan Dunia dan Bank Pusat Eropah.

Krisis kewangan Greece menyaksikan Athens terpaksa bergantung kepada tiga pelan penyelamatan dari pemiutang antarabangsa sejak 2010, berjumlah 320 bilion euro dan pinjman terkini berjumlah 86 bilion euro di bawah Mekanisme Kestabilan Eropah yang telah diberikan pada tahun 2015.